Wednesday, June 3, 2009

ABAH

Assalamualaikum suma..arinie sy nk crita psl abh sy..Nama abh sy AHMAD AZAMI BIN MOHAMED..Nama mak sy SETI FATIMAH BINTI ZAKARIA (kena gtau nama mak gak..nnt mak majuk plak..hehehe..satg ayu crita psl mak plak..k)..walaupun muka abh sllu kena cop sbgai seorg yg garang..tp sebenarnya dia cool..hehehe..abh sllu bg motivasi..mak pn sama gak..tp disebabkn abh kerap berhadapan dgn komputer n ada msa free, abh ada gak email kt ank dia (adik sy yg tinggal berjauhn dr kmi..MOHD FIRDAUS BIN AHMAD AZAMI)..arinie sy bwa pendrive abh dtg opis..jd leh la kongsi email yg abh send kt adik sy..kita kongsi sm2..k..

Untuk pengetahuan suma..abh sy bkn seorng yg berpelajarn tinggi..smpai tingkatan ja..abh x leh further study sbb dulu susah..adik2 ramai lg nk study tp abh seorang yg kuat semangt..rajin usaha..bermula dr operater pengeluaran smpailah skrg abh dh jd Senior Executive di Harvik Rubber Industries Sdn. Bhd...K lah..sy tulis email yg abh send kt adik sy..hope klu abh tgk blog sy nie abh akn bangga sbb ank2 dia still ingt pesanan dia walaupun kmi nie degil n kdang2 uat xtau ja bila abh tgh bg motivasi..sbnrnya kmi dgr apa yg abh ckp..cuma u always repeat the same things..kdang2 smpai boring..hehehe...sory abh..

1) Date : Tuesday, September 07, 2004 1:39 PM (copy n paste)
Firdaus,
Bagaimana sekarang,apa habaq hand (abh clap tulis sbnrnya abh nk tulis hang kot...hahaha) la ni?Firdaus ada apa2 problem tak?.Beritahu abah if you have any problem.Macam mana dengan Fizik dan Matematik?.Saperti yang abah katakan,you have to double or triple(berlipat2 kali gandakan usaha/your effort on this subject.Berikan masa yang lebih pada subjects ini.Insyaallah,Islam ada menyatakan "SESIAPA YANG BERUSAHA DIA AKAN BERJAYA".

With best wishes,
Abah


2) Date : Saturday, October 2, 2004 2:20 PM
Firdaus,
Assalamu'alaikum!.Any problem?.Just let abah know!or call abah tuttt..xleh gtau..rahsia...o.k!.Hari ni abah ingin kongsi bersama tentang subject MOTIVASI/KURSUS MOTIVASI ITU /MOTIVASI INI dansebagainya.Ini semua adalah untuk memotivasikan peserta2/pelajar2 kursus.Kursus silih berganti,hadiri kursus motivasi itu,motivasi ini dll...Kesannya pada peserta2/pelajar2 adalah peserta2 tidak juga memotivasikan diri mereka,hanya hangat2 tahi ayam saja,lepas kursus balik ketakuk lama tidak juga motivated.Motivasi yang abah maksudkan ialah untuk kecemerlangan diri baik di dalam sekolah/universiti ataupun dalam bidang kerja.Abah ada menghardiri beberapa kursus sikap positif beberapa lama dulu.Menurut Pensyarah abah itu.KITA SEBENARNYA BOLEH MEMILIH SAMAADA KITA MAHU MEMOTIVASIKAN DIRI KITA SENDIRI ATAU TIDAK.IANYA BERGANTUNG PADA SIKAP KITA SENDIRI.SAMAADA KITA MAHU PILIH UNTUK BERJAYA/CEMERLANG ATAU TIDAK.TIADA SESIAPA YANG BOLEH UBAH SIKAP KITA UNTUK BERJAYA MELAIKAN DIRI KITA SENDIRI. Di sini abah ingin Firdaus pilih untuk self-motivated,that is Kerja keras/usaha lebih/tidak malas/tidak membuang masa/tidak menangguh2kan kerja dll.Berikan lebih masa pada terutamanya untuk subject Fizik dan Matematik.KITA BOLEH,JIKA KITA SELALU FIKIRKAN BOLEH!.
Selamat berusaha dan berjaya!

With best wishes,
Abah


3) Date : Saturday, October 16, 2004 2:51 PM
Firdaus,
Assalamu'alaikum !.Firdaus kata hari tu subject Fizik dan Matematik masih belum begitu improve/belum cemerlang lagi.Disini ada satu lagi kata2 bijak pandai yang abah ingin kongsi bersama yang berbunyi begini.
Walaupun kamu berada didalam lumpur dan kakimu akan tenggelam kedalam lumpur yang dalam namun gantungkan harapanmu yang tinggi dibintang2 dilangit.Orang yang cemerlang tidak mudah berputus asa!!!.Cuba dan terus mencuba.Saperti juga orang2 yang berjaya dulu.Satu contoh saperti Wilbur dan Orville Wright bersaudara yang cuba membuat kapal terbang.Orang2 dulu mengatakan dia gila untuk membuat besi boleh terbang dilangit!
That means you MUST NEVER GIVE UP!!!.Motivasikan diri sendiri untuk terus berusaha.Mesti ada jalan untuk faham subject itu ,tanya kawan2 ,tanya guru2 dll.NEVER GIVE UP!!!.
Selamat berpuasa!.

With best wishes,
Abah

Abah percaya kepada penumpuan seratus peratus untuk berjaya dalam satu-satu bidang.


4) Date : Friday, June 24, 2005 4:10 PM (taip sendiri)
Assalaamualaikum Firdaus!,
Firdaus bagaimana sekarang?.Abah dan keluarga semua sihat2 dan baik2 saja.Ini satu lagi contoh untuk motivasi.Firdaus tentu tahu siapakah yang berusaha dan berjaya merekacipta Elektrik dan seterusnya membuat lampu menyala?Tentu Firdaus tahu kan.Jawapannya tentulah Thomas Alva Edison.Soalannya bagaimanakah beliau berjaya?.Adakah senang saja?.Adakah dengan hanya mencuba beberapa kali sahaja dia telah berjaya?.Jika Firdaus hendak tahu beliau telah membuat penyelidekan (abh wrong spelling..heheheh..) dan penciptaan hingga ke6000 kali masih belum berjaya untuk membuat mentol lampu itu menyala.Beliau tidak pernah give up, tak pernah berputus asa walaupun emaknya memberitahunya tak usahlah mencubanya lagiSebaliknya dia memberitahu emaknya dengan berkata.Dia masih belum gagal lagi.Selagi dia masih mahu terus mencuba.Tetapi sebaliknya dia memberitahu emaknya bahawa dia telah berjaya mencari 6000 sebab2 dan punca2 mengapa lampu itu tak bernyala.Beliau masih mencuba lagi membuat peyelidikan iaitu penyelidekan (abh wrong spelling lg..heheheh..) yang ke6001.
Akhirnya dia berjaya membuat mentol/lampu itu menyala pada percubaan yang ke6001 dan hingga keakhir inilah kaedah yang sama digunakan/diteruskan dan kita dapat menggunakan lampu2 dan berbagai2 lagi alat yang menggunakan elektrik.Lagi sekali abh ulangi

(kn sy dh gtau td..abh sy nie sllu ulang byk kali..sbb dia tahu ank2 dia nie sllu lupa sbb tu la dia sllu remind..hehehe..)
TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGA KEPADA MAK & ABAH..
Love u both..Muuuuuuuaaaaah..



Kita tak boleh dikatakan gagal selagi kita belum berhenti dan masih terus mencuba.Begitulah juga dengan subject Physic itu.Abh nak tanya dan Firdaus jawablah dengan jujur.Berapa kali telah Firdaus cuba untuk menyelesaikn satu2 soalan itu adakah 10 kali, 100 kali 500 kali atau 1000 kali.Kalau tidak Firdaus perlulah terus mencubanya.Soalannya terus mencuba dan mencuba.....Begitulah contoh2 orang2 yang berjaya sentiasa mempunyai disiplin yang tinggi dan sentiasa bersikap positif .
Semoga terus berusaha dan berjaya.
ISLAM ADA MENYATAKAN BAHAWA SESIAPA YANG BERUSAHA DIA AKAN BERJAYA.

With best wishes,
Abah.

tu dia..panjang kn email abh..dh la abh xtulis ringkas..hehehe... anyway kami adik badik hargai apa yg mak n abh uat utk kami..

No comments:

Post a Comment